- JBS Kedah
- Hits: 39
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2026
- JBS Kedah
- Hits: 39
KUALA KEDAH, 5 Mac 2026 - Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Cenderahati Peserta Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah diadakan di Surau Al-Hidayah SMK Tengku Laksamana. Majlis ini telah diadakan dengan penuh semangat kerohanian dan dihadiri oleh para guru dan peserta yang terlibat.
Majlis ini telah dimulai dengan ucapan penghargaan dari Puan Noraini Binti Othman, Pengetua SMK Tengku Laksamana yang dalam ucapannya menegaskan bahawa program seperti ini memberi manfaat besar kepada belia setempat dengan mengimarahkan bulan mulia menerusi aktiviti tadarus Al-Quran serta memupuk budaya sunnah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta yang disempurnakan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai usaha serta pencapaian para peserta sepanjang melakukan aktiviti tadarus Al-Quran. Dengan penyampaian sijil ini, di harap agar para peserta dapat meningkatkan semangat untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan dengan aktiviti yang bermanfaat . Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan sebelum semua hadirin bersurai.
#rmr2026
#jbsnk
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
