MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 202

ALOR SETAR, 10 Mac 2026 - Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Cenderahati Peserta  Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah diadakan di Surau An-Nur SMK Alor Merah. Majlis ini telah diadakan dengan penuh semangat kerohanian dan dihadiri oleh para guru dan peserta yang terlibat.

 

Majlis ini telah dimulai dengan ucapan penghargaan daripada Encik Mohd Radzri bin Ismail, Pengetua SMK Alor Merah yang dalam ucapannya menegaskan bahawa program seperti ini memberi manfaat besar kepada belia setempat dengan mengimarahkan bulan mulia menerusi aktiviti tadarus Al-Quran serta memupuk budaya sunnah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta yang disempurnakan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.

 

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai usaha serta pencapaian para peserta sepanjang melakukan aktiviti tadarus Al_Quran. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan sebelum semua hadirin bersurai.

 

#rmr2026

#jbsnk

#pbsdkotasetar

 

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search