- JBS Kedah
- Hits: 14
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2026
- JBS Kedah
- Hits: 14
LANGGAR, 5 Mac 2026 - Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan dan Cenderahati Peserta Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2026 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar telah diadakan di Surau Raudhatul Jannah, Maktab Mahmud Pokok Sena. Majlis ini telah diadakan dengan penuh semangat kerohanian dan dihadiri oleh para guru dan peserta yang terlibat.
Majlis ini telah dimulai dengan ucapan penghargaan daripada Puan Nawal Binti Nawawi, Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena yang dalam ucapannya menegaskan bahawa program seperti ini memberi manfaat besar kepada belia setempat dengan mengimarahkan bulan mulia menerusi aktiviti tadarus Al-Quran serta memupuk budaya sunnah. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati kepada para peserta yang disempurnakan oleh Puan Nazifah Binti Muhamad Zubir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Setar.
Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menghargai usaha serta pencapaian para peserta sepanjang melakukan aktiviti tadarus Al-Quran. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenangan sebelum semua hadirin bersurai.
#rmr2026
#jbsnk
#pbsdkotasetar
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR
