KOLABORASI SERAMPANG DUA MATA PERKUKUH SINERGI KOMUNITI

Alor Setar, 10 Mac 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK) menerima kunjungan wakil Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU Kedah) dalam satu sesi pertemuan strategik yang berlangsung di pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah hari ini.

Pertemuan ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara Pengarah JBSNK, Puan Azura binti Haji Sarbin bersama Timbalan Pengarah ICU Kedah, Encik Khairul Anwar bin Ramli sekali gus membuka ruang jalinan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua agensi dalam memperkasakan pembangunan komuniti dan kesejahteraan masyarakat.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan program Keluarga Angkat MADANI, di mana Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah akan memainkan peranan dalam menyokong pengisian aktiviti komuniti khususnya melalui penganjuran acara sukan seperti Larian Ria bersama penduduk kampung. 

Inisiatif ini dilihat mampu menggalakkan gaya hidup sihat di samping merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai platform yang sesuai bagi memudahkan persatuan dan pertubuhan komuniti membuat permohonan bantuan serta memperkukuh proses urus tadbir program pembangunan masyarakat. 

Pelbagai cadangan program turut diketengahkan sebagai inisiatif “serampang dua mata” yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah memperluas penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan sosial dan sukan.

Kerjasama strategik antara ICU Kedah dan JBSNK ini diharap dapat memperkukuh pelaksanaan program berimpak tinggi yang mampu menyantuni masyarakat secara menyeluruh. Kolaborasi yang terjalin ini membuktikan bahawa sinergi antara agensi mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif yang lebih inklusif dan berimpak, sekali gus memastikan agenda pembangunan belia dan komuniti terus diperkasa demi kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#JBSNK
#teamjbsn
#TeamKBS
#Malaysiamadani

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search