POKOK SENA, 20 JANUARI 2026 – Majlis Belia Daerah Pokok Sena dengan kerjasama pihak Brotherhood Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Program Jelajah Amal Brotherhood MBD Pokok Sena bagi menyantuni masyarakat setempat serta ziarah kasih warga emas sekitar daerah Pokok Sena.
Hadir menyampaikan bantuan bakul makanan kepada warga emas adalah Encik Zaim bin Abdullah selaku Pengerusi MBD Pokok Sena, Encik Kamarol Salleh sebagai Pengerusi Brotherhood Pokok Sena serta Encik Muhammad bin Alli, Pegawai Belia dan Sukan Pokok Sena dan Encik Mohamad Azhar bin Ismail, Pegawai Pembangunan Belia PBSD Pokok Sena.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
