POKOK SENA, 18 JANUARI 2026 – Gotong - royong keceriaan pejabat telah dilaksanakan di ruang aktiviti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena bagi menceriakan lagi ruangan tersebut dan menarik minat para belia berkunjung ke PBSD Pokok Sena.
Pelbagai aktiviti akan dijalankan di ruangan tersebut antaranya Dart, Senamrobik, Karom dan sebagainya. Semua kakitangan PBSD Pokok Sena telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong keceriaan pejabat pada kali ini. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, Encik Muhammad bin Alli.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
