POKOK SENA, 18 JANUARI 2026 - Kelab Karom Pokok Sena dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena telah berjaya menganjurkan Kejohanan Karom Pokok Sena 2026 pada 17 Januari 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena.
Sebanyak 94 pasukan daripada seluruh Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung menggunakan format kalah mati.
Hadir merasmikan kejohanan ini adalah Y.B Dato' Wira Haji Mahfuz bin Hj Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang adalah Encik Zaim bin Abdullah, Pengerusi Majlis Belia Daerah Pokok Sena.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
