PBSD POKOK SENA SERTAI PROGRAM JOM SIHAT @ POKOK SENA 2026

POKOK SENA, 9 JANUARI 2026 - Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena buat julung kalinya mengadakan Program Jom Sihat @ Pokok Sena 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Daerah Pokok Sena. 
Penganjuran program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan komuniti setempat.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung, antaranya fun run, senamrobik, pameran agensi kerajaan serta aktiviti sukan rekreasi seperti netball shootout dan penalty shootout. Program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Muhammad Radhi bin Haji Mat Din, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Turut serta membantu dalam menjayakan program ini adalah pegawai dan kakitangan PBSD Pokok Sena.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search