- JBS Kedah
- Hits: 3
PENYERAHAN GELANGGANG SERBAGUNA MAAHAD TARBIYAH ISLAMIYAH DERANG
- JBS Kedah
- Hits: 3
POKOK SENA, 12 JANUARI 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Gelanggang Serbaguna kepada Maahad Tarbiyah Islamiyah Derang, Pokok Sena yang merupakan salah satu Projek Kecil (Bina Baharu Tahun 2025).
Gelanggang ini telah siap sepenuhnya pada 2 November 2025 dan diserahkan secara rasmi hari ini bagi kegunaan pelajar Maahad serta penduduk setempat.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah iaitu Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan.
Maahad Tahfiz diwakili oleh Ustaz Muhamad Hassan bin Muhamad Hussien, Ketua Tadbir Maahad Tarbiah Islamiah Derang dan turut disaksikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pokok Sena, En. Muhammad bin Alli.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
