- JBS Kedah
- Hits: 8
Bengkel Latihan Penggunaan AED Tingkat Kesedaran Keselamatan dan Penyerahan Peralatan UKJK
- JBS Kedah
- Hits: 8
PUTRAJAYA, 19 Januari 2026 – Satu Bengkel Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah diadakan hari ini bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan dengan penyertaan seramai 3 orang wakil dari setiap Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Tujuan utama Bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan kepada para peserta berkenaan kaedah penggunaan AED dalam situasi kecemasan melibatkan serangan jantung atau jantung terhenti, disamping memberikan latihan sokongan asas Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sebagai langkah awal menyelamatkan nyawa ketika berlaku kecemasan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah turut mengambil bahagian dalam bengkel ini dengan kehadiran Tn Haji Mohd Kamaruzaman bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional Jab Belia dan Sukan Negeri Kedah, Muhamad Azrai bin Noor Azhar, Pem Belia Dan Sukan Daerah Pendang dan Mohd Birry Bin Ali, Pembantu Khidmat Am Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan teori dan latihan praktikal berkaitan penggunaan AED yang betul, prosedur kecemasan serta kepentingan tindakan pantas dalam situasi serangan jantung. Program ini juga selari dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesiapsiagaan di fasiliti sukan dan belia seluruh negara.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat melahirkan lebih ramai pegawai yang berkemahiran serta bersedia untuk bertindak pantas dalam situasi kecemasan.
