Mesyuarat Post Mortem Program Kecergasan JBSN 2025 & Taklimat Perancangan Program 2026

PUTRAJAYA, 19 Januari 2026 – Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Mesyuarat Post Mortem Program Kecergasan Tahun 2025 serta Sesi Taklimat Perancangan Program Kecergasan Tahun 2026 yang berlangsung selama dua jam bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 13, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Dharzuky bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN dan dihadiri oleh semua Pegawai Kecergasan Nasional dari seluruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Turut hadir, Tn Haji Mohd Kamaruzaman bin Khalidin, Pegawai Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program kecergasan sepanjang tahun 2025 di samping menjadi platform perbincangan strategik bagi merangka perancangan program-program kecergasan yang lebih mampan dan berimpak tinggi untuk tahun ini.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search