- JBS Kedah
- Hits: 18
LAWATAN UNIT PEMBANGUNAN KBS UNTUK PROJEK MENAIK TARAF TAPAK LITAR MOTOCROSS SRIWANGSA, DAERAH PADANG TERAP
- JBS Kedah
- Hits: 18
PADANG TERAP KEDAH, 20 JANUARI 2026 – Lawatan Unit Pembangunan KBS untuk Projek Menaiktaraf Tapak Litar Motocross Sriwangsa, Daerah Padang Terap telahpun dilakukan pada 19 Januari 2026 (Isnin) yang lalu bertempat di Kampung Padang Ulu, Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Lawatan ini meninjau keperluan untuk menaiktaraf Litar Motocross Sriwangsa bagi menambahbaik penganjuran sukan bermotor dari segi aspek keselamatan serta kemudahan.
Hadir di lawatan ini En. Mohd Marzuki bin Mehat, Unit Penyelarasan, Bahagian Pembangunan KBS. Hadir bersama En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap, En. Wan Syahrin bin Ali, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap dan En. Abdul Halim Bin Awang Kechik, Pengerusi Kelab Motorcross NEC Kuala Nerang.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
