MAJLIS PENUTUP KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG KATEGORI KANAK KANAK B40 TAHUN 2025

ALOR SETAR, 15 Disember 2025 - Majlis Penutup Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Kategori Kanak-Kanak B40 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Negeri Kedah dalam suasana ceria dan penuh bermakna. Program ini merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam memberi peluang kepada kanak-kanak daripada golongan B40 untuk mempelajari kemahiran asas renang serta meningkatkan kesedaran terhadap aspek keselamatan diri di dalam air.

Majlis penutup tersebut telah dirasmikan oleh Mohd Hanaffi Bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir memeriahkan majlis, Puan Nazifah binti Muhamad Zubir, selaku Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Dearah Kota Setar, bersama pegawai-pegawai jabatan, ibu bapa serta para peserta program.

Seramai 40 orang peserta kanak-kanak telah menyertai KLAS renang ini yang telah dilaksanakan sebanyak enam sesi. Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik asas renang, keselamatan air serta disiplin diri melalui aktiviti yang disusun secara sistematik dan menyeronokkan.

Menurut pihak penganjur, penganjuran KLAS renang ini bukan sahaja bertujuan membentuk kemahiran renang dalam kalangan kanak-kanak, malah membantu meningkatkan keyakinan diri, kecergasan fizikal serta kesedaran terhadap keselamatan air sejak usia muda. Sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa membuktikan kepentingan program seumpama ini kepada komuniti setempat.

Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan sepanjang program berlangsung. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi muda yang aktif, berkemahiran dan berdaya saing.

 

#jbsnk

#pbsdkotasetar

 

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR PORTAL, PBSD KOTA SETAR

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search