- JBS Kedah
- Hits: 17
MAJLIS PENUTUP KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG KATEGORI KANAK KANAK B40 TAHUN 2025 @ KOTA SETAR
- JBS Kedah
- Hits: 17
Alor Setar, 15 Januari 2026 - Majlis Penutup Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Kategori Kanak-Kanak B40 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Akuatik Negeri Kedah dalam suasana ceria dan penuh bermakna.
Majlis penutup tersebut telah dirasmikan oleh Mohd Hanaffi Bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir memeriahkan majlis, Puan Nazifah binti Muhamad Zubir, selaku Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kota Setar, bersama pegawai-pegawai jabatan, ibu bapa serta para peserta program.
Seramai 40 orang peserta kanak-kanak telah menyertai KLAS renang ini yang telah dilaksanakan sebanyak enam sesi.
Majlis penutup diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan penyertaan sepanjang program berlangsung. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi muda yang aktif, berkemahiran dan berdaya saing.
#JbsnKedah
#jbsnbersama
#malaysiamadani
#KLASRenang
