- JBS Kedah
- Hits: 17
Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pengurusan & Kewangan KBS di KRM Baling
- JBS Kedah
- Hits: 17
Baling,18 Januari 2026 - Satu Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pengurusan dan Kewangan telah diadakan oleh Unit Audit Dalam, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling dipengerusikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Sesi ini bertujuan memberi penerangan awal berkaitan skop, kaedah serta tempoh pelaksanaan pengauditan, di samping memastikan tahap pematuhan terhadap tatacara pengurusan dan kewangan berada pada tahap yang ditetapkan.
Diharapkan pelaksanaan pengauditan ini dapat memperkukuh sistem tadbir urus serta meningkatkan kecekapan pengurusan dan kewangan di Kompleks Rakan Muda Baling selaras dengan amalan terbaik perkhidmatan awam.
#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#krmbaling
