- JBS Kedah
- Hits: 33
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSN Kedah Bilangan 1 Tahun 2025 Berlangsung Lancar
- JBS Kedah
- Hits: 33
YAN, 8 Disember 2025 - Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah Darul Aman telah berjaya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman Bilangan 1 Tahun 2025 pada hari ini.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Muhamad Radhi Haji Mat Din, Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman dan berlangsung di Tmn Hill Resort, Gurun, Kedah.
Perbincangan dalam mesyuarat ini adalah penting dalam merangka hala tuju dan pengurusan sukan negeri bagi memastikan kesinambungan pembangunan atlet dan program sukan di seluruh Kedah.
Turut hadir dan mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ialah Timbalan Pengarah Sukan, En. Mohd Hanaffi Bin A. Rahman. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Pengurus, YB/ Dato’/ Tuan/ Puan yang hadir dan memberikan sumbangan idea yang bernas. Semoga segala perancangan yang dipersetujui dapat direalisasikan demi mengangkat martabat sukan Kedah Darul Aman!
#KedahSejahtera #MSNKedah #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKedah
