PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN TAHUN 2025 DI PBSD SIK

SIK, 19 November 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menjalankan Pemeriksaan Aset Alih Kerajaan Tahun 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik pada 13 November 2025 (Khamis) . Pemeriksaan ini bertujuan memastikan aset-aset alih kerajaan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan direkodkan dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemeriksaan aset ini telah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa Aset JBSN Kedah yang telah dilantik iaitu Puan Siti Salmiah Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling dan Puan Idayu Kapi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan. Hadir bersama semasa pemeriksaan tersebut, Puan Maziliana binti Mohammad Zahir, Pegawai Unit Pentadbiran dan semua kakitangan PBSD Sik.

#TeamKBS
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
#yakinboleh
#pbsdsik  

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search