- JBS Kedah
- Hits: 44
115KM FELLOWSHIP PEDU 3.0 MENGGALAKKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN MEMUPUK HUBUNGAN KOMUNITI.
- JBS Kedah
- Hits: 44
PADANG TERAP KEDAH, 07 DISEMBER 2025 - Program 115km Fellowship Pedu 3.0 telahpun berlangsung dengan jayanya pada 06 Disember 2025 (Sabtu) bertempat di Dataran Putra, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Program berbasikal kayuhan Fun Ride ini merangkumi jarak kayuhan 115km (jalan raya berbukit) yang bermula seawal jam 7:00 pagi, semua peserta telah berjaya mengharungi laluan (route) yang berbukit atau rolling route bermula dari bukit pertama (cp2 - cp3) dengan pendakian yang panjang sambil menikmati pemandangan yang mempersonakan, iaitu laluan tasik Pedu dan tasik Gubir.
Stamina dan kecekalan menuntut para peserta untuk meneruskan pendakian sehingga cp4 di Belantik. Laluan / rolling route ke cp5 iaitu Belantik - Nami - Naka dan terus ke penamat di Dataran Putra Kuala Nerang ini juga mencabar, ditambah pula cuaca yang sebegini.
Penganjur utama program ini adalah Kelab Basikal PEVNY disamping Penaja Utama Era Edar Marketing. Keseluruhan peserta 340 orang, Marshall 20 orang, Crew/petugas 20 orang.
Penganjur juga telah menyediakan hadiah Cabutan Bertuah sebanyak 25 unit iaitu 20 barangan dan eksesori basikal, 3 unit barangan elektrik dan 2 unit google TV.
Peserta pula terdiri daripada pelbagai Kelab Basikal dari negeri Kedah yang merangkumi dari daerah Baling, Jitra, Pokok Sena, Sungai Petani, Yan, Sik dan Padang Terap. Turut sama peserta daripada luar negeri Kedah iaitu Butterworth, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu.
Untuk makluman, Program 115km Fellowship Pedu 3.0 ini adalah kayuhan edisi ketiga sejak penganjurannya pada tahun 2023.
Majlis Pelepasan peserta Program 115km Fellowship Pedu 3.0 disempurnakan oleh En. Muhammad Naím bin Zainol, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Kewangan) Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap.
Majlis Penutup serta penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pegawai Daerah Padang Terap. Hadir bersama Pn. Ily Rahmah binti Omar, Presiden Kelab Berbasikal Pevny, Pn. Azizah binti Azizan, Pengarah Urusan Era Edar Marketing Sdn. Bhd dan En. Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.
#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani
DISEDIAKAN OLEH : WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
