PEMERIKSAAN ASET ALIH KERAJAAN TAHUN 2025 DI PBSD BANDAR BAHARU

BANDAR BAHARU, 17 November 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menjalankan Pemeriksaan  Aset Alih Kerajaan Tahun 2025 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu hari ini.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan aset-aset  alih kerajaan berada dalam keadaan baik, berfungsi dan direkodkan dengan betul mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pemeriksaan aset ini telah dilakukan oleh Pegawai Pemeriksa Aset JBSN Kedah yang telah dilantik iaitu Puan Siti Salmiah Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling dan Puan Idayu Kapi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan.

Hadir bersama semasa pemeriksaan tersebut, Puan Nik Noorazlin Nik Mohd Noor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan semua kakitangan PBSD Bandar Baharu.

 

Disediakan oleh :

Fariza binti Ghazalli (PBSD Bandar Baharu)

fariza.ghazali@kbs gov.my

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search