Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda telah mengadakan mesyuarat ini semalam pada jam 2.30 Petang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda. Mesyuarat ini telah di pengerusi kan oleh Tuan Azmin bin Zainol Abidin, Pegawai Daerah Kuala Muda merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah Kuala Muda dan diiringi oleh Puan Noraziana binti Ibrahim, Pegawai kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda. Pejabat Belia dan Sukan Daerah adalah sebagai Jawatankuasa dalam mesyuarat ini dan mesyuarat ini di hadiri oleh Encik Ridzuan bin Hj Ali.
Mesyuarat ini diadakan di peringkat daerah untuk membincangkan hal ehwal kebajikan dan pemerkasaan golongan warga emas di kawasan tersebut mengikut agenda mensyuarat iaitu : Pengesahan Minit Mesyuarat JPWED Bil.1/2025, Pemakluman Cadangan Sambutan Hari Kanak-kanak, OKU dan Warga Emas Daerah Kuala Muda Tahun 2025, Pembentangan Laporan/Program Aktiviti Warga Emas Agensi Tahun 2025. Perbincangan ini adalah melibat Ahli Jawatankuasa seramai 14 agensi dari dalam daerah Kuala Muda.
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali, PBSD Kuala Muda
