- JBS Kedah
- Hits: 25
PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN DIGITAL : QUICK CANVA EDITING SKILL PERINGKAT DAERAH KUALA MUDA SIRI 2/2025
- JBS Kedah
- Hits: 25
Telah berlangsung Program Rakan Digital : Quick Canva Editing Skill Peringkat Daerah Kuala Muda Siri 2/2025. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda dengan kerjasama SMK Convent Father Barre, Sg Petani. Program bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang . Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini dan di akhir program peserta berjaya mendalami ilmu yang di ajarkan oleh penceramah. Majlis perasmian dan penutup program ini telah di sempurnakan oleh Puan Saemah binti Shaari, Guru/Penolong Kanan Kokurikulum SMK Convent Father Barre, Sg Petani, Kedah.
Objektif program ini adalah untuk menjadikan kursus ini sebagai platform pendedahan buat golongan belia tentang manfaat dan kelebihan teknologi yang menjurus kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian/ aplikasi baharu.
#JBSNBersama
#JBSNKedah
#pbsdkualamuda
Disediakan oleh : Ridzuan bin Hj Ali, PBSD Kuala Muda
