- JBS Kedah
- Hits: 95
LAWATAN TAPAK & MESYUARAT TEKNIKAL KERJA-KERJA NAIK TARAF KRM BALING
- JBS Kedah
- Hits: 95
BALING, 21 Nov 2025 — Satu Lawatan Tapak serta Mesyuarat Teknikal bagi meneliti perkembangan kerja-kerja naik taraf Kompleks Rakan Muda (KRM) Baling telah diadakan dengan dipengerusikan oleh Puan Salwa binti Senawi, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah En. Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah Sukan, En. Izham Iliyas, Penolong Jurutera, Puan Salmiah binti Ani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Baling, serta wakil daripada pihak kontraktor.
Lawatan ini bertujuan menilai status semasa projek di lokasi, selain memastikan kerja-kerja naik taraf berjalan mengikut keperluan teknikal dan jadual yang telah ditetapkan.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk:
Faktor cuaca yang memberi kesan kepada kelancaran kerja di tapak. Isu kelewatan siap serta penilaian semula timeline projek. Kaedah penyelesaian bagi memastikan kemajuan kerja dapat dipercepat dan mematuhi spesifikasi keselamatan serta kualiti.
Pihak jabatan menekankan komitmen untuk memantau perkembangan projek secara berkala bagi memastikan kemudahan KRM Baling dapat disiapkan dengan baik dan dimanfaatkan oleh komuniti setempat serta program-program belia di daerah ini.
#TeamKBS
#teamjbsn
#jbsnk
#BeliaSukan
#krmbaling
