KONGRES TAHUNAN KALI KE-50 PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN (KFA)

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah yang diwakili oleh Puan Salwa Senawi dan En Mohd Hanaffi A. Rahman telah menghadiri Kongres Tahunan Kali Ke-50 Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) bagi penggal 2022–2026 sebagai pemerhati rasmi.
Kongres telah berlangsung pada:

  20 November 2025 (Khamis)
  10.30 pagi
  Bilik Gerakan SUK, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, Alor Setar

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden KFA, YAB Dato’ Seri Sanusi Md Nor, dengan kehadiran:
• Timbalan Presiden
• Naib-naib Presiden
• Ahli Jawatankuasa Eksekutif
• Wakil-wakil badan gabungan dan perwakilan
• Pemerhati jemputan

JBSN Kedah merakamkan penghargaan kepada pihak KFA atas penganjuran kongres ini serta komitmen berterusan dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan bola sepak negeri.

#KFA
#BolasepakKedah
#KedahSejahtera
#experienceKedah
#jbsnk
#biarjasajadikenangan

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search