- JBS Kedah
- Hits: 32
LAWATAN TAPAK PROJEK KECIL BINA BAHARU PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN OKU
- JBS Kedah
- Hits: 32
17 November 2025 | Kolam Renang MBAS, Alor Setar
YB Muhamad Radhi Hj Mat Din, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah hari ini melakukan lawatan tapak bagi meninjau perkembangan Projek Kecil Bina Baharu Pusat Kecemerlangan Sukan OKU yang sedang dilaksanakan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) selaku penyelaras projek.
Projek yang dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2026 ini bertujuan menyediakan kemudahan latihan yang lebih selesa, tersusun dan mesra OKU bagi meningkatkan pembangunan sukan para serta atlet - atlet negeri Kedah. Turut hadir En Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah
Kementerian Belia dan Sukan komited untuk terus menyokong usaha memperkasa penyertaan dan pencapaian atlet OKU melalui penyediaan prasarana sukan yang lebih inklusif dan berdaya saing.
#jbsnk
#teamjbsn
#teamkbs
