- JBS Kedah
- Hits: 45
Majlis Penutupan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Kedah 2025
- JBS Kedah
- Hits: 45
Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah En Mohd Hanaffi bin A. Rahman telah menghadiri dan menyempurnakan Majlis Penutupan Program Reben Kuning Peringkat Negeri Kedah 2025 yang berlangsung di Masjid Kariah Matang Gedong, Sungai Petani.
Program ini merupakan inisiatif sosial penting dalam memberi peluang kedua kepada golongan belia yang pernah melalui tempoh tahanan, agar mereka dapat kembali membina keyakinan diri, memperbaiki kehidupan serta menjadi individu produktif dan bertanggungjawab.
Objektif utama program adalah membuka ruang kepada belia untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil, mengukuhkan ekonomi diri dan keluarga, serta menghapuskan stigma masyarakat terhadap kelompok ini.
Pihak Jabatan turut merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang menjayakan program ini termasuk Jabatan Penjara Malaysia Negeri Kedah, PERKESO, Pengurusan Masjid Matang Gedong, Syarikat Grille Tech, serta para sukarelawan yang menjadi tulang belakang pelaksanaan program.
JBSN Kedah menyokong penuh usaha seperti ini dan berharap lebih ramai belia dapat dibantu untuk membina masa depan yang lebih baik melalui peluang kedua yang diberi.
#JBSNK
#RebenKuning #BeliaSejahtera
#TeamJBSN #teamJBSN
