- JBS Kedah
- Hits: 57
Bersama KSN dalam Program Tekad Bersama Perkhidmatan Awam Negeri Kedah 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman
- JBS Kedah
- Hits: 57
Alor Setar, 16 November 2025 - Kehadiran Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sangat dialu-alukan oleh semua penjawat awam di negeri Kedah. Satu pertemuan bersama penjawat awam telah diatur bagi menyampaikan amanat dan taklimat kepada semua dalam memastikan semua jabatan bergerak seiring dengan agenda tranformasi negara.
Program tersebut turut dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali bersama Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Dato' Zepri Saad.
Dalam ucapan KSN, beliau menekankan kejayaan pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam ARPA dalam tempoh setahun, termasuk peningkatan IMD World Competitiveness Ranking yang melonjak dari tangga 34 ke 23. Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan ini didorong oleh pelaksanaan Pekeliling RKB, peranan Chief Reform Officer di setiap kementerian, penambahbaikan SSPA, serta penggubalan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Awam yang memastikan penilaian semula peraturan lapuk setiap tiga tahun.
Beliau turut menekankan berkaitan 6 Rukun Madani yang harus diterap dalam setiap kerja buat penjawat awam selain konsep MALAYSIA yang mendokong peranan penjawat awam dalam menyampaikan maklumat berkesan kepada masyarakat.
JBSN Kedah komited menyokong agenda reformasi ini demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
#jbsnkedah
#TeamKBS
#teamjbsn
#KedahSejahtera
#experienceKedah
