PEGAWAI PERKHIDMATAN BELIA DAN SUKAN JBSN KEDAH TERIMA TAULIAH PROFESIONALISME KERJA BELIA

SEREMBAN, 12 November 2025 - Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025  telah berlangsung di Klana Resort Seremban.

Seramai 8 orang pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah menerima pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap 3. 

Penganugerahan ini dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebagai usaha memperkukuh profesionalisme dalam kalangan pekerja belia, selain meningkatkan kompetensi serta keupayaan mereka dalam pembangunan belia negara. 

Majlis penyampaian sijil tauliah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Turut hadir, YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Mohd Hazan Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson. Turut hadir bersama adalah Pn. Salwa Bt. Senawi, mewakili Pengarah JBS Negeri Kedah.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima sijil  tauliah dan semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat untuk terus melakar pencapaian cemerlang dalam memperkasa pembangunan belia di negeri Kedah.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKedah 
#JBSNKomited 
#MalaysiaMadani 
#profesionalismekerjabelia

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search