PBSD PADANG TERAP HADIR KE SESI TOWNHALL 2025 – SUARA ANDA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA!

 

PADANG TERAP KEDAH, 30 OKTOBER 2025 – Sesi Townhall 2025 Majlis Daerah Padang Terap telapun diadakan pada 28 Oktober 2025 (Selasa) jam 8.30 pagi bertempat di  Dewan Tunku Putera, Majlis Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.

 

Tujuan sesi ini diadakan ialah untuk mendengar pandangan dan cadangan oleh peniaga, di samping memberi penjelasan tentang dasar sewaan, lesen dan penjagaan premis di bawah Agenda Transformasi dan Pemerkasaan Urus Tadbir Majlis Daerah Padang Terap. Townhall ini juga menjadi platform untuk:

 

 Mengukuhkan kerjasama antara peniaga dan pihak MDPT

 Menjelaskan manfaat hasil sewaan terhadap pembangunan bandar

 Memupuk kesedaran menjaga premis dan kebersihan persekitaran

 Menyemai budaya niaga yang patuh, jujur dan berdisiplin

 

Pn. Nor Azira binti Md Hanapiah, Pembantu Tadbir, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap hadir ke sesi Townhall ini bagi mewakili pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang atas tanggungjawab selaku penyewa premis Majlis Daerah Padang Terap. 

 

Sesi Townhall ini disempurnakan oleh YBrs. Pn. Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Yang DiPertua Majlis Daerah Padang Terap.

 

#teamkbs

#jbsnbersama

#JBSNKedah 

#MalaysiaMadani   

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search