PELAKSANAAN SENAMAN WARGA EMAS SIRI-6 DAERAH PADANG TERAP TAHUN 2025.

PADANG TERAP KEDAH, 03 NOVEMBER 2025 – Pelaksanaan Program Senaman Warga Emas Siri-6 Daerah Padang Terap Tahun 2025 telahpun diadakan dengan jayanya pada 03 November 2025 (Isnin) yang lalu bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.

Program Kecergasan Senaman Warga Emas Siri-6 Peringkat Daerah Padang Terap diadakan ini adalah bertujuan untuk membudayakan sukan dan amalan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat khususnya warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. 

Pelaksanaan program ini meliputi senaman ringan dan berjalan (briskwalk) sejauh 3 kilometer dengan penyertaan daripada Anggota RELA Padang Terap dan Ahli-Ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Padang Terap.

Hadir bersama Mohamad Sallehudin bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.


#teamkbs
#jbsnbersama
#JBSNKedah
#MalaysiaMadani

 

DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search