KEMAHIRAN ASAS SUKAN CHEERLEADING (KLAS CHEERLEADING)

Kompleks Belia Dan Sukan Alor Setar, Alor Setar, Ahad, 26 Oktober 2025 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Program Kemahiran Asas Sukan Cheerleading Peringkat Negeri Kedah 2025. Program ini buat julung kalinya dianjurkan bertujuan mempromosikan sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia yang melibatkan akrobatik, tarian, lompatan, pyramid, aksi dan shouting.

Seramai 71 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 7-19 tahun telah menyertai program kali ini. Sesi latihan dan pembelajaran ini telah dikendalikan oleh enam (6) orang jurulatih dari Persatuan Cheerleading Malaysia yang merupakan ahli-ahli Pasukan Sorak Maalaysia. 

Diakhir sesi tersebut telah diumumkan seramai 30 orang Pelajar yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Kedah dalam Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan yang dijangkan akan dilaksanakan pada bulan Disember 2025 nanti.

Majlis Perasmian penutup & Penyerahan Sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Hanaffi bin A.Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search