- JBS Kedah
- Hits: 83
CERAMAH “OKU DAN SUKAN PARALIMPIK” DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH
- JBS Kedah
- Hits: 83
Alor Setar, 23 Oktober 2025 (Khamis) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah dijemput oleh Jabatan Rehabilitasi, Hospital Sultanah Bahiyah untuk menyampaikan ceramah bertajuk “OKU dan Sukan Paralimpik” sempena sesi CME Bulanan Jabatan berkenaan.
Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Timbalan Pengarah, yang juga mengetuai Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Sesi perkongsian ini memberi tumpuan kepada peranan dan peluang penyertaan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam bidang sukan, serta usaha berterusan JBS Kedah dalam memperkukuh pembangunan sukan paralimpik di peringkat negeri.
Program ini turut dihadiri oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan, Paramedik, Jururawat, Pegawai Pemulihan Anggota Badan (Fisioterapis) dan Pegawai Pemulihan Cara Kerja (Occupational Therapist).
Inisiatif seperti ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, malah membuka ruang kesedaran bahawa sukan merupakan medium penting dalam proses pemulihan dan pembangunan potensi individu OKU.
