Seminar Pemerkasaan Belia @ Youth Hub Kedah 2025

Pendang, 5 Oktober 2025 - Telah diadakan Seminar Pemerkasaan Belia @ Youth Hub Kedah 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang. 

Seminar ini telah disampaikan oleh Penceramah Motivasi yang terkenal di negeri Kedah iaitu Saudara Mohd Farhan bin Rahmat. Seramai 500 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 telah menyertai seminar yang julung kalinya diadakan di SMK Pendang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pendang dan turut diiringi oleh Ketua Unit Kepimpinan Bahagian Pembangunan Belia bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pendang.

Diharapkan pelajar-pelajar ini dapat memaksimumkan input yang telah diberikan seterusnya menjadi insan yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat pada masa hadapan.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR JBSN KEDAH

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-10-2025, 09:14:57

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search