Program Motocross Track Day 2025 siri 1 Peringkat Negeri Kedah

Padang Terap, 3-4 Oktober 2025 - Suasana meriah dan penuh debaran menyelubungi Motocross Track Day 2025 siri 1 peringkat negeri kedah yang berlangsung di litar motocross sriwangsa, padang sanai, kuala nerang, kedah. Acara yang menghimpunkan lebih daripada 100 pelumba motocross dari seluruh negeri termasuk Thailand dan Singapura ini menjadi medan menguji kemahiran tunggangan lasak serta ketahanan mental dan fizikal peserta.

Program anjuran jabatan belia dan sukan negeri kedah dengan kerjasama kelab sukan bermotor NEC  ini bertujuan memberi peluang kepada penunggang baharu dan profesional untuk beraksi di trek sebenar dalam suasana terkawal dan selamat. Selain sesi latihan terbuka, peserta turut diberi tunjuk ajar mengenai teknik tunggangan, aspek keselamatan serta penjagaan jentera. 

Motocross Track Day bukan sekadar aktiviti sukan ekstrem, tetapi juga wadah untuk menyatukan komuniti peminat motocross dan melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran lasak ini. 

Acara turut diserikan dengan kehadiran peminat sukan bermotor yang memenuhi kawasan trek, menyaksikan aksi lompatan tinggi dan pecutan berani pelumba. Beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti pameran motosikal, gerai jualan aksesori dan cabutan bertuah untuk penonton.

Dengan sambutan hangat yang diterima, pihak penganjur merancang untuk menjadikan Motocross Track Day sebagai acara tahunan bagi terus menyemarakkan minat terhadap sukan permotoran di negeri ini khususnya.

DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR JBSN KEDAH

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-10-2025, 17:31:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search