4 Oktober 2025, Kuala Lumpur.
Telah berlangsung Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan 2025. Diantara pengisian Fiesta pada kali ini ialah Pertandingan Doodle Art dan Inovasi Kitar Semula.
Kontinjen Kedah diwakili oleh pasukan Stoven dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong, Alor Setar dari Daerah Kota Setar bagi Pertandingan Inovasi, Doodle Art kategori 1 ( 13-17 tahun) diwakili oleh Saudari Tan Pei San, kategori 2 (18-30 tahun) diwakili oleh Saudara Haron Zadul dari Daerah Kuala Muda.
Pertandingan Doodles Art telah berlangsung dengan meriah, menampilkan bakat kreatif anak muda dalam menghasilkan karya penuh imaginasi.
🏆 Naib Johan Doodle Art Kategori 2 dimenangi oleh Saudara Haron Zadul, dengan hasil seni unik dan penuh kreativiti.
👏 Syabas diucapkan kepada pemenang dan peserta yang turut memeriahkan pertandingan. Semoga bakat seni ini terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada generasi muda
DISEDIAKAN OLEH : PENTADBIR JBSN KEDAH
