DISINI PEKERJA BELIA BERTAULIAH DILAHIRKAN!

Kuala Muda, 8 Ogos 2025 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah menganjurkan Bengkel Bimbingan & Pembangunan Portfolio SKM-PPT Zon Utara Siri 3/2025 pada 6–8 Ogos 2025 di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Petani Kedah Bengkel ini melibatkan 40 peserta yang terdiri daripada pegawai skim ‘S’ dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Kolej Komuniti & IKBN di Zon Utara.
Bengkel ini memfokuskan bimbingan membina portfolio profesional berasaskan Standard NOSS, selaras dengan Malaysia MADANI & MPBM 2030, demi melahirkan pekerja belia yang kompeten, berkemahiran & diiktiraf profesional. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah telah dihadiri oleh 10 orang pegawai yang bakal menjadi Pekerja Belia Bertauliah di negeri Kedah. Visi utama Kementerian Belia dan Sukan adalah menjadikan pegawai belia dan sukan mempunyai pengiktirafan dalam kerja belia.
Ayuh!! Pegawai Belia & Sukan – Tunjukkan kemahiran anda!

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search