Mesyuarat Jawatankuasa Jerai Mountain Challenge 2025

YAN, 12 Ogos 2025 - berlangsung mesyuarat penyelarasan Jerai Mountain Challenge 2025 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Enik Mohd Hanaffi bin A.Rahman.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Yan, wakil daripada JKR Daerah, Jabatan Perhutanan, Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, Anggota Perkhidmatan Awam, Majlis Sukan Negeri Kedah serta wakil tuan rumah Pejabat Daerah dan Tanah Yan.
Mesyuarat membincangkan persiapan teknikal, keselamatan, laluan, dan pengurusan peserta bagi memastikan penganjuran acara berbasikal mendaki Gunung Jerai ini berjalan lancar dan selamat. Program ini akan diadakan pada 13 September 2025 bermula di Kompleks Perniagaan Guar Utama dan berakhir di Gunung Jerai.
Program kerjasama Kelab Basikal Monticello dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah ini bakal menjadi antara acara sukan berbasikal paling dinanti di Kedah, menghimpunkan penggemar cabaran mendaki dengan basikal sambil menikmati keindahan alam semula jadi Gunung Jerai sempena tahun melawat kedah 2025.

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search