KUALA TERENGGANU, 11 Ogos 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah melalui Timbalan Pengarah (Belia) Encik Mohammad Suhaimi Md Saad telah mewakili jabatan ke Mesyuarat Pengarah-Pengarah JBSN Bil. 3/2025 yang berlangsung selama 2 hari bermula 10 hingga 11 Ogos 2025 di Kuala Terengganu.
Mesyuarat berkala ini menjadi platform penting bagi memantau, menilai, dan memperkukuh pengurusan serta tadbir urus strategik JBSN di seluruh negara.
Komitmen ini adalah bukti bahawa JBS Kedah sentiasa berusaha memastikan pengurusan organisasi yang mantap demi manfaat belia dan pembangunan sukan di negeri ini.