ALOR SERAR, 16 Ogos 2025 - Persatuan Renang Amatur Kedah (PRAK) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah telah menganjurkan Kejohanan Renang Novis Negeri Kedah Siri 2 pada 15 – 16 Ogos 2025 di Pusat Akuatik Negeri Kedah, Gunung Keriang, Alor Setar
Lebih 600 atlet mengambil bahagian dengan kehadiran melebihi 800 penonton yang hadir menyemarakkan suasana pertandingan kali ini.
Majlis penutup & penyampaian hadiah telah dismpaikan oleh En Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bersama YB Joseph Ng Soon Siang, ADUN Ayer Hitam Pulau Pinang dan Wakil Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang turut sama memeriahkan kejohanan.
Tahniah kepada pemenang dan semoga kemeriahan kejohanan ini berterusan dalam merancakkan pembudayaan hidup aktif serta melahirkan bakat baru sukan renang.