Padang Terap, 17 Ogos 2025 – Satu lawatan tapak bagi persediaan Kursus Marshal 4x4 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di AMD Resort, Perik, Padang Terap.
Lawatan ini bertujuan meninjau serta meneroka laluan trek 4x4 yang bakal digunakan semasa kursus sebenar pada 29 hingga 31 Ogos 2025 nanti.
Antara cabaran yang dikenalpasti termasuklah laluan berlumpur, kawasan curam, lintasan sungai, belukar serta pelbagai rintangan ekstrem yang menguji kemahiran dan ketahanan peserta.
Selain itu, sesi lawatan turut memberi pendedahan awal kepada aspek teknikal perlumbaan 4x4, sekali gus membantu peserta memahami peranan marshal dalam mengendalikan cabaran sebenar di lapangan.
Program ini dijangka memberi manfaat besar kepada peserta kursus kelak dalam meningkatkan kemahiran kawalan trek serta memperkukuh aspek keselamatan sepanjang perlumbaan. Turut Hadir, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman Timbalan Pengarah Sukan JBSNK bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Padang Terap.