Rakan Muda Sahut Tema 'Beat The Heat' LTdL 2025!🔥

Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali lagi bagi tahun 2025 dengan mengangkat tema 'Beat The Heat' dan menyeru semua pihak untuk berganding bahu dalam menangani cabaran perubahan iklim dan mempromosikan gaya hidup lestari.  
Rakan Muda sebagai platform pembangunan potensi belia yang proaktif, tidak melepaskan peluang untuk menyahut seruan ini melalui penglibatan aktif dalam agenda kelestarian alam sekitar menerusi program Rakan Bumi: Coral Rack Planting di Pulau Jemuruk, Langkawi.  
Ini juga membawa semangat baharu di mana anak muda bukan hanya menanam pokok, tetapi "menanam karang" iaitu satu usaha pemulihan ekosistem marin yang kritikal untuk memastikan kawasan pesisir pantai kekal subur, menjadi habitat perlindungan hidupan laut dan berpotensi sebagai lokasi ekopelancongan.  
Hadir menyemarakkan program pada hari ini ialah YB Tn. Hj. Muhammad Radhi bin Hj. Mat Din, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan Negeri Kedah serta YBrs. En. Abdullah bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS.  
Turut berlangsung Rakan Bumi: Plogging bersempena Hari Cuci Malaysia 2025 di lokasi yang sama. 
Yakin Boleh, Rakan Muda!  

'Beat The Heat', JBSN Komited! 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search