Yan Kedah , 19-21 September 2025 telah diadakan Program Pengurusan Organisasi Peringkat Negeri Kedah bertempat di Kampung Aceh Management Centre,Yan.
Program ini telah dihadiri peserta dari kalangan ahli-ahli kelab belia dan persatuan belia di seluruh negeri Kedah. Seramai 50 orang peserta yang menyertai PPO kali ini dengan bimbingan fasilitator dari kalangan para Pegawai Belia dan Sukan yang telah dilantik.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohamad Suhaimi bin Md Saad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Turut hadir adalah Pn Hazwani binti Samsuddin, Pegawai Pemantau dari Bahagian Pembangunan Kepimpinan, JBSN.