Dominasi Futsal Kedah dan Bola Tampar Duduk Buka Tirai LISOKU 2025 Peringkat Kebangsaan

Paroi, 19 September 2025 - Liga Sukan Orang Kurang Upaya 2025 Peringkat Kebangsaan membuka tirai pertandingan dengan bermulanya acara futsal dan bola tampar duduk yang telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi 
Pasukan Futsal Lelaki dan Perempuan mendominasi kumpulan masing-masing dan bakal meraih Johan Kumpulan untuk layak ke peringkat suku akhir petang esok. Satu permulaan yang hebat buat team Kedah!!   
Pasukan Bola Tampar Duduk Lelaki bergelut untuk mencari kemenangan dan terpaksa akur dengan 2 kekalahan dengan lawan masing-masing dan menanti perlawanan terakhir kumpulan esok. Semangat juang tinggi pasukan sangat dipuji dan semoga peroleh kemenangan esok untuk melengkapkan jadual. Pasukan Wanita juga mengalami 2 kekalan dan perlu mencari kemenangan menentang pulau pinang esok untuk membuka peluang ke peringkat kalah mati   
Doakan kejayaan team Kedah untuk perlawanan seterusnya serta pusingan kalah mati esok dan juga Semoga berjaya buat pasukan Boling Negeri Kedah esok yang akan membuka tirainya di Mesa Mall, Nilai. ALL THE BEST buat Team LISOKU Kedah. Pulun Kedah Pulun!!   
Jom berikan sokongan buat mereka! 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search