Selamat Berjuang Team LISOKU Kedah!

Alor Setar, 18 September 2025 - Kontinjen Kedah seramai 67 orang yang terdiri daripada 52 atlet, 6 pengurus/jurulatih, 3 pengiring dan 6 urusetia telah berkumpul di KOMBES Alor Setar pagi ini bagi menghadapi Liga Sukan OKU Kebangsaan (LISOKU) 2025 di Negeri Sembilan mulai 19-21 September 2025.
Program bermula dengan taklimat LISOKU serta penyerahan baju kontinjen kepada semua atlet dan pegawai yang akan membawa cabaran negeri Kedah.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, En. Mohammad Suhaimi bin Md Saad yang menyampaikan kata-kata semangat kepada atlet agar berjuang dengan penuh semangat dan menjadikan kejohanan ini sebagai medan memperkasakan bakat serta mempertingkatkan keyakinan diri.
Semoga Team Kedah terus cemerlang dan membawa pulang kejayaan.
Pulun Kedah Pulun!   

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search