Seramai 40 orang peserta dari seluruh daerah di Negeri Kedah telah menyertai Bengkel Pembelajaran Instruktor Senamrobik (Freestyle – Solusi Aero) yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 hingga 14 September 2025 bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan seperti Base Moves, Symmetrical (Simple, Flow, Travel, Direction & Mode), Latihan Berkumpulan, Masterclass, Cueing
Program ini menjadi platform penting dalam memantapkan kemahiran senamrobik serta melahirkan tenaga pengajar yang lebih kreatif dan berdaya saing.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sukan Jabatan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan semangat luar biasa sepanjang bengkel ini berlangsung!