GUAR CHEMPEDAK, 13 Sept – Sebanyak 300 peserta telah menyertai Jerai Mountain Challenge 2025 yang berlangsung dengan pelepasan rasmi di Kompleks Perniagaan Guar Utama, Guar Chempedak pada pagi ini.
Kejohanan ini menampilkan cabaran berbasikal mendaki ke arah Gunung Jerai, dengan pelbagai kategori dipertandingkan termasuk jarak 10 kilometer dan 20 kilometer. Acara ini bukan sahaja menguji daya tahan fizikal dan mental para peserta, malah turut menjadi tarikan pelancongan sukan berikutan keindahan landskap semula jadi yang dilalui sepanjang laluan.
Lebih menarik, penganjuran edisi kali ini turut memberi tumpuan kepada kategori pembangunan (junior) sebagai medan pencarian bakat muda dalam sukan berbasikal untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Pihak penganjur turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta peserta yang menjayakan kejohanan berprestij ini