Alor Setar, 12 Sept 2025- Perlumbaan berprestij Tour Geo D’Kedah Peringkat Negeri Kedah Darul Aman 2025 membuka tirai hari ini dengan Stage 1 dilepaskan oleh YB Mohamad Amri Wahab, ADUN Derga di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Perlumbaan berperingkat sejauh 306KM ini bakal berlangsung selama 4 hari, merentasi beberapa daerah dengan cabaran laluan berbukit yang menjadi tarikan geografi Kedah.
Bagi peringkat pertama, kayuhan sejauh 128KM bermula dari Alor Setar menuju ke garisan penamat di Taman Awam Tunku Putra, Kuala Nerang.
Sebanyak 127 pelumba termasuk peserta antarabangsa dari Singapura dan Thailand turut serta+ memeriahkan kejohanan kali ke-7 ini.