- JBS Kedah
- Hits: 11
PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH LANGKAWI DI KEJOHANAN MEMANAH CABARAN MERDEKA LANGKAWI 2025
- JBS Kedah
- Hits: 11
LANGKAWI, 31 OGOS 2025- Seramai 8 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi telah menyahut cabaran buat kali pertama menyertai acara memanah di Kejohanan Memanah Cabaran Merdeka Langkawi anjuran Surau Jannatul Firdaus, Kampung Lubuk Setul yang bertempat di Padang Bola Kampung Lubuk Setul,Langkawi.
Turut menyertai acara ini ialah Puan Nurul Fitriah Hj Drani, Kakitangan PBSD Langkawi yang juga merupakan Biro Sukan & Rekreasi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi yang meraih tempat ke tujuh (7) daripada 40 orang penyertan bagi kategori Komuniti.
Hadiah telah disampaikan oleh Cik Nor Amira yang mewakili Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang merupakan Penaja Utama kejohanan ini.
Tahniah dan Syabas kepada pihak penganjur dan tahniah kepada semua pemenang.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)