KEJOHANAN MEMANAH CABARAN MERDEKA LANGKAWI 2025

LANGKAWI, 31 OGOS 2025- Bertempat di Padang Bola Kampung Lubuk Setul telah dijalankan Kejohanan Memanah Cabaran Merdeka Langkawi 2025 yang dianjurkan oleh Surau Jannatul Firdaus, Kampung Lubuk Setul.

Seramai 123 orang peserta telah menyertai acara Tradisional dan Moden yang melibatkan kategori Remaja dan Cilik serta 40 orang bagi kategori Komuniti.

Hadiah telah disampaikan oleh Cik Nor Amira yang mewakili Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang merupakan Penaja Utama kejohanan ini. Turut hadir sebagai tetamu jemputan adalah Encik Fahmi Adnan mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPD) dan Encik Mohd Ferdaus Bin Osman, Pegawai Belia & Sukan Daerah Langkawi.

Tahniah dan Syabas kepada pihak penganjur dan tahniah kepada semua pemenang.

 

DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search