LANGKAWI, 27 OGOS 2025- Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Langkawi Turut serta dalam Program Projek Pemuliharaan karang anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negara dengan Kerjasama Kolej Komuniti Langkawi
Program ini dijalankan bersempena Youth ASEAN Programme di Langkawi, dengan penglibatan anak muda dari pelbagai latar belakang dalam usaha memelihara ekosistem Marin. Turut dilaksanakan ialah Program Komuniti Prihatin: kelestariann Alam Marin (Projek MEKAR) yang melibatkabn taklimat biodiversity, aktiviti plogging di Penarak Bamboo Beach Resort serta sesi menanam rak karang di kawasan perairan Pulau Jemuruk.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada Gerakan komuniti yang lebih prohatain terhadap alam sekitar, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani dalam usaha memelihara kesejahteraan generasi akan datang.
DISEDIAKAN OLEH : NURUL FITRIAH BT HJ DRANI (PBSD LANGKAWI)