MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH KULIM TAHUN 2025

KULIM, 28 Ogos 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kulim bagi Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 10 Ogos 2025 yang lalu bertempat di Pejabat Daerah Kulim.  Majlis ini telah dipengerusikan oleh Ybrs. Tuan Mohamad Rizal bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Kulim merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Kulim.    

Antara objektif Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) ini diadakan adalah membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat serta memperkukuhkan hubungan serta jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak Kerajaan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang dinamik dan berdaya saing.

Hampir seramai 50 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada Exco Majlis Belia Daerah (MBD) dan Badan Gabungan MBD serta Agensi Kerajaan yang di lantik telah sama – sama hadir ke persidangan ini.  

Turut hadir bersama En Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim, En Mohd Azlan bin Mat Desa, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulim dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.

 

Image

Aras 2, Zon A, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah, Mukim Anak Bukit
06550 Alor Setar, Kedah

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kedah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search